Sebab manusia ingin bunuh diri




 we cannot change the past, but we can learn something from it. 


Engkau tentu tak faham kenapa orang nak bunuh diri.

"Tahu kan bunuh diri tu dibenci tuhan. Tahukan kau takkan masuk syurga apabila kau mengambil nyawa kau. Kenapa kau nak bunuh diri. Kenapa? Kenapa? tak faham."

Biar aku fahamkan. Sebab aku pernah jadi kau. Kemudian aku jadi orang yang kau tak faham itu.

Pada aku, aku percaya dengan agama Islam. Aku percaya dengan rukun iman. Antaranya percaya kepada perkara-perkara ghaib. Syaitan dan iblis adalah salah satu perkara ghaib. Tidak dapat dilihat dengan mata kasar. 

Syaitan dan iblis dapat menghasut manusia dalam keadaan yang lemah. Apabila kau dalam keadaan yang lemah, tak kisah la kau ada depression, anxiety atau penyakit lain, malah penyakit fizikal ataupun penyakit rohani, bisikan-bisikan itu akan semakin kuat. Rasa itu, mahu. 

"Itulah, iman kau nipis, kurang iman. Banyakkan solat."


duh.


Dari segi penerangan secara psikologi atau neuropsikologi, kau mengalami stress dan tekanan yang luar biasa, kemudian, otak kau cuba mencari jalan supaya kau boleh hadapi situasi itu. Otak akan mencari jalan tercepat untuk menenangkan diri kau. Antaranya tidur. Tapi sekiranya tak dapat tidur..

Kau menolak, kau rasa ada jalan lain, lalu kau buat sesuatu supaya kau dapat dopamine (hormon gembira). Kau lakukan perkara yang dapat menenangkan diri walaupun buat sementara, tapi keterbatasan ilmu kita menyebabkan kau buat sesuatu yang mungkin betul, mungkin juga salah. Kau bertahan dengan itu.

Lama-kelamaan kau tak dapat menghadapi stress itu lagi. Apabila kita mengulang-ulang sesuatu, tak kisah la, hafalan, atau fikiran, benda tu pasti akan melekat dalam otak dan menjadi sebatian serta tabiat. Itu lah yang terjadi.  

Kau akan meletup walaupun hanya dengan percikan api.


Jadi walaupun kau solat, zikir banyak, tapi apabila, otak kau terbiasa rutin negatif yang dah kau cipta, kau masih akan mengalami rasa ingin bunuh diri.


Lalu di sini, datang multidisciplinary team untuk membantu.

Psychologist dapat bantu kau belajar cara untuk mengenalpasti dan mengatasi fikiran yang negatif.

Psychiatrist pula akan mencadangkan ubat yang sesuai untuk menenangkan diri.

Occupational therapist bantu kau untuk cipta rutin harian yang baik dan sesuai untuk kau.


Tapi aku tak nafikan juga dari segi Islam. Sudah tentu, Islam adalah agama yang satu, sebagai panduan kita. Tapi Islam juga mengajar kita untuk mengkaji dan menuntut ilmu. Mendalami ilmu psikologi untuk membantu manusia yang memerlukan, bukankah ia fardu kifayah?

Jika kau punya motor yang rosak, adakah kau akan berdoa kepada Tuhan saja dan solat supaya motor kau hidup kembali. Tidak! Punya kau tak pandai, tak da duit sekali pun, pasti kau tendang-tendang ketuk ketuk motor kau tu dengan harapan motor kau hidup balik.


p/s: (yang cakap lemah iman tu, kalau kau baik sangat kau tak kan condemn orang sakit. duh)

Comments