KL Special Force (2018)
Hari ni agak mencabar bagi aku. Aku tak tahu kenapa tapi rasa macam susah nak buat apa apa pun. Sakit kepala aku dah kurang, but aku rasa semacam like, nervous like, berdebar and rasa takut nak buat sesuatu. Aku tak da sebab untuk rasa macam tu kecuali aku masih mengalami simptom depression and anxiety. Well, medicine, they not working like magic. Untuk kembali sihat, aku kena bergerak. So aku bergerak la, tolong mak aku buat kerja sekolah dia. Then we all went to pasar pagi yang tak berapa pagi sebab kitorang gerak lambat, (makanan pun da tade hahah!) Singgah beberapa kedai then go home. Semua dah penat nak pergi mana mana untuk makan so kita decide masak je (panaskan balik makanan semalam).(hahah!)
So plan kita, macam biasa, makan sambil tengok movie. Aku pun an bukak la tv tengok apa ada dalam Disney Hotstar. Asalnya aku subscribe sebab nak tengok cerita baru Jisung berlakon titled Adamas tapi, starting dia pun macam dark je, aku sakit kepala nak hadam. Mungkin nanti la kot.
So ada la notis kat situ sempena Hari Malaysia, dorang suggest layan cerita special cam apa tah tapi one of them is KL Special Force. Aku tak berapa layan sangat action movie tapi teringin nak tengok action movie Malaysia sebab kan sekarang banyak improvement dan sambutan pun power.
So sambil makan maggi kita layan (nasi belum masak)
...
KL Special Force bermula dengan rompakan besar-besaran oleh Geng Anarkis di bank Dafoma. Berlaku kejadian tembakan dan menyebab keseluruhan pasukan polis yang diketuai oleh Roslan telah mati dibunuh. Roslan telah cuba direkrut oleh ketua rompakan bernama Asyraff.
(Aku macam, peh! Starting dia macam aku kenal cerita ni. Sebab perompak sume pakai topeng badut. Ala ala Money Heist gitu. Aku tak pernah tengok Money Heist betul betul. Aku tengok sekali dua je tu pun tak habis dan lupa. Tapi aku ingat la deme ada pakai topeng jugak. Satu lagi cerita Police Story Jackie Chan. Dan, starting je si Syamsul ni terus offer jadi hantu aka tali barut! Like, power betul intro)
Setiap bulan, Asyraff akan mengirimkan sejumlah wang untuk melobi Roslan. (Aku macam confirm dia amik rasuah ni, confirm) Walaupun selalu dalam masalah, Roslan tidak pernah menggunakan duit tersebut dan terus menghantarnya ke Bukit Aman. (Pastu aku cam eh betul ke dia amik ke undercover je... eh eh eh)
Pada hari itu, dia diekori oleh Zul yang juga seorang inspektor polis muda yang baru ditugaskan untuk membantu Roslan dalam penyiasatan. Zul mendakwa dirinya juga adalah 'hantu' geng Anarkis. Roslan terus menggari tangan Zul dan membawanya ke balai. Setelah diyakinkan oleh Tuan Azmi bahawa Zul sememangnya dilantik oleh dirinya sendiri untuk membantu siasatan dan tindakan Zul hanya cuba menyiasat Roslan, barulah Roslan percaya dan melepaskannya. Bagaimanapun, Zul masih syak bahawa Roslan dirasuah. Roslan juga tidak percaya kepada Zul.
(Masa ni aku rasa ha confirm dua dua makan rasuah tapi sebab tak nak rahsia bocor je)
Sementara itu, terdapat kes rompakan berlaku di cawangan bank Dafoma yang lain. Berlaku kekecohan di mana Zul bertindak di luar arahan Roslan apabila dia mengekori dan cuba memberkas salah seorang ahli geng Anarkis. Ternyata ahli itu merupakan salah satu polis yang menyamar dan sudah lama mengekori jejak geng Anarkis. Akibatnya, umpan yang ditanam oleh Roslan selama dia mengekori geng Anarkis sia-sia.
(Okay sekarang rasa si Fattah Amin aka Zul pulak yang tali barut. Siyes la muka masing masing aku pun pening sapa yang salah)
Siasatan diteruskan dan Roslan mengesyaki terdapatnya orang dalam di sebalik rompakan berdasarkan bukti. Roslan mengesyaki Dato' Meor, pemilik bank Dafoma lalu mengarahkan semua pasukan menyiasat di apartment mewah milik Dato' Meor. Zul melaporkan kepada Tuan Azmi bahawa Asyraff telah menghubungi Roslan dan memberitahu bahawa geng Anarkis akan merompak salah sebuah cawangan bank Dafoma. Asyraff juga akan menghantar wang 500 ribu kepadanya.
(Kat sini aku da macam peh Rosyam aka Roslan plak yang salah sebab ada duit dalam tu kan, tapi aku cam hmm apa lagi ni cerita ni nak auta hahah)
Tidak lama kemudian, mereka menerima laporan bahawa kamera litar tertutup di cawangan bank Dafoma digodam. Seluruh pasukan polis bergegas meluru ke tempat kejadian meninggalkan Roslan dan dua anak buahnya. Tiba-tiba mereka terdengar tembakan dan bergegas ke apartment mewah Dato' Meor. Rupa-rupanya, Geng Anarkis cuba untuk mencuri sebuah beg bimbit milik Dato' Meor yang mengandungi bitcoin. Dalam keadaan gawat, Roslan menghubungi pasukannya untuk menghantar bantuan.
(Aku cam, aduhhh tak sangka punn ada jadi macam tu. Kalau ada popcorn kat tangan mesti habis aku baling kat screen tv)
Cubaan mencuri beg bimbit itu gagal. Seorang ahli geng Anarkis telah mati ditembak. Zul telah diberkas kerana disyaki merupakan ahli geng Anarkis. Asyraff masih tidak menyerah. Cubaan kali kedua dilakukan ketika pasukan polis dalam perjalanan menuju ke bilik gerakan. Dalam kejadian tembak-menembak itu, semua ahli geng Anarkis telah dibunuh oleh Roslan, termasuklah adik kepada Asyraff. Asyraff sempat melarikan diri. Misi mencuri beg bimbit telah gagal. Asyraff kemudian membunuh rakan subahatnya, orang kanan Dato' Meor.
Roslan mengesyaki Zul adalah orang dalam di sebalik kejadian ini kerana ketika kejadian tembak-menembak itu, Zul telah mencampakkan beg bimbit itu kepada geng Anarkis. Zul meminta untuk digugurkan daripada pasukan penyiasatan lalu memberi amaran kepada Roslan bahawa Asyraff mungkin akan kembali membalas dendam.
(memang confirm la si Zul ni tali barut. Takkan la bodoh sangat dia pegi baling beg tu kat dorang. Sama ada dia dah amik isi beg tu sorok atau dia memang tali barut. Tu je.)
Asyraff datang menyerang Roslan ketika majlis hari jadi anaknya. Kejadian itu menyebabkan anak Roslan kudung kaki setelah cedera parah akibat ditembak. Zul pula baru mendapat tahu bahawa orang kanan Dato' Meor telah dibunuh. Namun, belum sempat mengambil tindakan, Zul diberkas dan disoal siasat. Sementara itu, Asyraff telah menghubungi Roslan dan memberitahu dia di rumah Roslan untuk membunuh isterinya. Roslan segera pulang dan mendapati isterinya baru selesai solat.
(Asalnya memang si Asyraff datang memang nak membunuh tapi bila dia nampak bini Roslan tengah solat dia tak jadi, sebab aku rasa mungkin dia teringat nampak mak dia solat kat rumah orang tua masa dia melawat dengan adik dia. Sama ada tu atau memang dia setan sebab tu orang solat dia tak berani dekat ha gitu.)
Sementara itu, Zul melarikan diri dari balai untuk memastikan keselamatan tunangnya yang merupakan anak kepada Dato' Meor. Zul telah dilanggar oleh trak yang dipandu Asyraff. (Masa ni Zul memang nampak lemah sangat. Kelakar tengok muka fattah amin buat gitu. Adoi)
Setelah dia sedar, Zul mendapati dia telah diculik bersama Dato' Meor dan juga tunangnya. (Dia macam weh punya jahat kau ni sampai aku pun kau nak bunuh ke walaupun aku tak bunuh adik kau. Apa salah aku...pastu tiba tiba Asyraff cakap, "Let me explain" cam dah kantoi dengan awek sebab ada pempuan lain hahahahahahahahaha)
Asyraff memberitahu cerita sebenar. Sewaktu dia remaja, ibunya telah dirogol oleh Dato' Meor. Setelah itu, dia dan adiknya nekad untuk menegakkan keadilan. Asyraff melihat kebolehan, bakat serta semangat dalam diri Zul lalu menawarkan Zul untuk menyertainya untuk membanteras kejahatan yang sebenar. Setelah membunuh Dato' Meor, dia mengugut untuk membunuh tunang Zul sekiranya Zul menolak.
(Asalnya Asyraff nak ajak Roslan join tapi Ros Ros, hati kau keras!)
Sementara itu, pasukan polis telah pun tiba untuk memberkas Asyraff. Asyraff terdesak, lalu menjadikan tunang Zul sebagai tebusan dan meminta sebuah helikopter untuk melarikan diri. Roslan tiba bersama ibu Asyraff. Rupanya, ibu Asyraff telah pun melaporkan kepada polis mengenai anaknya. Asyraff semakin terhimpit. Dia memilih untuk menyebarkan dakyahnya. Akhirnya, dia membunuh tunang Zul. Asyraff kemudian ditembak oleh Roslan dan pasukan polis yang mengepungnya. Terdapat kekesalan pada wajah Roslan. Pada hari itu, seorang ibu dan seorang kekasih melihat orang yang tersayang mati dihadapan mata mereka.
(Asyraff tau dia akan mati kalau dia tembak tunang Zul tu tapi dia cam dah nekad nak sebarkan pegangan dia kat Zul so dia tembaknya jugak. Ni kira dah putus akal dah ni.)
Zul telah dimasukkan ke hospital mental. Roslan datang melawatnya. Roslan sedar Zul telah terpedaya dengan kata-kata Asyraff lalu menasihatkannya.
(Okay last dia nampak agak scripted fattah punya. Tapi rosyam punya cun macam real ja. Last memang deep la. Aku rasa philosophy dia ni boleh guna pakai dalam kehidupan sebab dia bukan pasal polis semata. Antara kata kata deep dia yang aku ingat la,
"Dunia ni rosak bukan sebab orang jahat, tapi sebab orang baik berdiam diri dan tak nak melawan kejahatan."
"Jenayah ni macam cendawan, cantas satu dia tumbuh balik. Kenapa cantas jugak? Sebab tak nak tengok generasi sesat diracun cendawan. ")
Sebelum aku taip post ni sempat lah aku tengok review daripada blogger lain, best! Aku terpegun dangan satu review dia yang cakap pasal watak dalam cerita ni.
Roslan ni kira senior polis, berpengalaman, lalui macam macam dugaan, antaranya pasukan dia semua mati, kawan kawan mula tak percaya dia, family problem, anak cedera parah dan kudung. Tapi, dia tetap jalankan tanggungjawab dia tak mudah terpedaya.
Zul pulak berpengalaman dan berbakat. Dapat pulak masuk kerjasama dengan polis senior untuk siasat kes besar (walaupun pakai kabel - Dato' Meor recommend) tapi memang dia berbakat sebab tu Tuan Azmi benarkan. Cuma satu je dia kurang hormat dan kurang sabar dan jiwa muda kan buat kepala dia je. Dia tak kenal lagi siapa pihak lawan (Asyraff) dan apa yang dia boleh buat tapi dah tunjuk pandai ha gitu. Dalam masa yang sama aku rasa dia nak selesaikan kes cepat kot sebab nak kawin dan nak ambil hati pak mentua. Walaupun macam tu, integriti dia tak tercabar bila dia menolak untuk bekerjasama dengan Asyraff. Di akhir cerita dia dilihat lemah dan termakan akan kata kata arwah Asyraff.
Asyraff pulak, fuh, villain yang bukan calang-calang. Dia boleh buat semua, dia ada semua. Segala jenis senjata dia ada, technology pun power, pandai manipulate orang, bijak mengatur strategi. Kalau dia tak salah pilih jalan, dia boleh jadi hero. Tapi dia bukan setan la for sure sebab dia masih ada hati nurani terhadap yang bernama family. Dia sayang family dia dan sanggup buat apa saja untuk bahagiakan family. Sebab tu bila dia ada chance nak bunuh family Roslan, dia tak jadi bunuh. Masa dia serang Roslan dekat majlis hari jadi anak dia, dia ada chance nak bunuh anak bini Roslan lepas dia tembak kaki anak dia. Tapi dia pergi pukul kepala Roslan bagi pengsan, pastu dia sedar sedar dah kat hospital. Lepas tu dia ada lagi chance masa dekat rumah Roslan untuk bunuh bini dia tapi sebab nampak bini dia tengah solat dia tak jadi sebab teringat kat mak dia. Satu je aku tak faham kenapa dia pilih jugak untuk bunuh tunang Zul tu. Adakah sebab dendam, atau nak Zul sambung legasi dia, atau sebab ada mak dia, dia nak buktikan sesuatu pada mak dia atau semua sekali.
Dari segi plot, cerita ni best giler, susunan pun memang terbaik. Ada sedikit la kecacatan dari kesan khas dan jugak aksi tapi aku tak kisah sangat sebab aku lebih suka tengok plot cerita dalam sesebuah movie.
Cerita tamat.
Comments
Post a Comment