Cara kemas rumah bila kemurungan | How to do house chores when you are depressed
Kemurungan atau depression bukan saja melibatkan kesihatan mental, benda ni juga bagi kesan kat fizikal korang. Ramai orang fikir depression ni dia asyik menangis dalam bilik tak keluar-keluar.
Bukan macam tu.
Simptom depression ada banyak. Orang yang mengalami depression adakalanya kena migrain yang teruk, sakit belakang la, sakit badan, sakit muscle, sendi, sakit perut, low mood, kurang motivasi, resah gelisah, anhedonia dan sebagainya bergantung kepada diri seseorang.
Aku rasa sakit kepala kali ni sebab tu la kot. Bukan kepala je, dengan tengkuk pipi rahang bahu pun keras macam batu da. Letak Yoko Yoko supaya jadi lega sekejap. Nak makan ubat tapi rasa macam banyak pulak ubat nak kena telan ni.
So, orang yang ada depression sudah tentu tentu lah akan mengalami masalah untuk membuat kerja harian, even mandi pun tak mampu nak buat. ADL (activity daily living macam mandi, gosok gigi tidur makan) dan IADL (instrumental activity daily living macam memasak, basuh kain sapu sampah) akan terjejes...
Di bawah ini merupakan cara-cara yang aku apply setiap kali aku hadapi masalah low mood.
1. Cari semula niat
Aku rasa antara sebab aku relapse semula adalah kerana aku lupa kot.
Aku lupa yang aku kena makan ubat walaupun dah rasa sihat, aku kena konsisten dalam menjaga kesihatan, aku lupa aku tak boleh kembali pada habit lama aku. Aku lupa yang aku pernah sakit. AKu lupa nak jaga soul (gitu)
So, bila aku kena balik itu hari, aku dah plan aku nak jaga betul-betul kali ni. Aku nak sihat. Aku dah tak larat macam ni. Meroyan tiap bulan pastu affect aku punya relationship, kerja, rumah, bla-bla.. Pastu okay balik, pastu lupa, jadi balik. Aduh
Penat weh.
2. Relaks
Kau dah tahu kau tengah sakit, relaks la. Lepak dan chill. Kau suruh orang rehat time sakit tapi kau sendiri tak nak rehat. Apa kes?
Maksud rehat kat sini bukannya tidur 25 jam sehari. Bukan. Maksudnya jangan push diri kau untuk buat benda yang terlampau banyak untuk kau. Pergi basuh kain, letak je dalam mesin letak sabun, ha tekan tekan pastu lepak tengok TV. Dah siap, pergi amik nak jemur. Petang sikit sapu rumah. Malam sikit, baca buku. Masak maggi je hari ni cukup la. Esok bila free baru masak. Buat dua tiga task je dalam satu hari. Tak perlu nak terkejar, ini tak siap, itu tak siap. Jangan pressure diri dengan expectation macam kau sihat. Sebab hang tengah sakit buat cara sakit. hehe.
3. Tahu limit kau
Semalam mak suruh aku print something. Tapi aku sakit kepala nak tunduk tunduk naprepare printer bagai, so aku just prepare file yang nak print tu pastu whatsapp adik aku suruh print malam karang.
Tapi kalau orang tak dapat nak tolong kau, atau tak dapat buat macam mana kau buat, tak payah marah dia. Manusia kan tak sempurna. Semua orang sama. Kemarahan tu akan buat kau lagi stress. Orang yang jaga kau juga akan stress. Dah la dia stress kena tolong kau, dengan kerja dia lagi. Ini kena marah pulak. Kakau rasa marah, stop apa yang kau buat, dan rehat. Cakap kat orang kau rasa sakit ke, kau tengah marah ke, bagi kau cool down kejap.
4. Jangan abaikan sakit fizikal
Sakit fizikal mungkin juga tanda yang korang tengah stress. Badan korang bagi signal supaya korang stop apa korang buat dan rehat. Dalam masa aku tengah depressed minggu ni aku terbaca berita tak best. Lepas je baca aku terus sakit kepala dan sakit badan. Aku tak sangka jugak begitu sekali cepat badan aku buat kerja. Dia cam, chill weh chill, tidor tidor. wakaka.
5. Set boundary
Boundaries ni bukan antara kerja dan life je tau. Dalam relationship pun sama. Contohnya, mak suruh pergi pasar beli ikan, tapi kalau tengah sakit kepala macam mana nak pergi. Betul tak. Tolak dengan baik.
Baru-baru ni mak ajak aku pergi jalan-jalan kat uptown. Aku on je walaupun sakit kepala, aku cuma bagitahu aku tak boleh drive je. Lagipun kesian kat maku aku, cuti lama jugak tapi tak dapat pergi mana sebab aku tengah sakit. Pergi dekat dekat pun jadila kan. Bagus untuk aku jugak.
Boundary ni penting supaya kesihatan kau juga terjamin. Pentingkan kesihatan diri dulu, barulah kau boleh jaga orang lain. Kalau kau tak sihat, macam mana nak jaga orang lain, betul tak?
6. Cabar diri
Cabar diri sendiri tapi mengikut tahap kemampuan yang kau boleh buat. Hari ni jalan kaki 30 langkah, esok try 50 langkah. Hari ni goreng telur je, esok try goreng ayam. Hari ni mandi tak sabun, esok syampu la rambut. Hari ni melepak atas katil je, esok lepak ruang tamu pulak. Cabaran macam tu secara tidak langsung akan menaikkan semangat dan improve mood kita.
Itu la serba sedikit yang boleh aku kongsikan. Walaupun tak seberapa, aku harap aku dapat bantu korang yang menghadapi masalah sama macam aku. Tambahan, post ni untuk peringatan buat diri sendiri jugak.
Comments
Post a Comment