Misteri Mimpi Syakilla



Entah kenapa beberapa lagu rock lama terngiang-ngiang dalam minda. Lagu ni, aku tak ingat pun lirik dia. Tapi melodi dia aku ingat dan suka. Aku ingat korus je. Mana syakilla, siapa syakilla, aku pun tak tahu. haha

Bila aku cari kat google, macam tak ada je huraian tentang lagu ni. Kalau ada pun sikit je. Sebelum aku pergi tengok huraian orang lain, aku nak bermain dengan minda aku. Ha ha

 Aku rasa lagu ni pasal kematian, atau paling kurang pun sebuah mimpi yang menggambarkan kematian semakin menghampiri. Syakilla adalah nama perempuan, bahasa arab, yang maksudnya terbentuk dengan baik (google)

  

 

 

 

Di Manakah Menghilang Diri Ku Sendiri

Hanyut Dalam Bayangan Sebuah Misteri

Harum Tiada Wajah Mengelilingi Aku

Dengan Suasana Yang Terharu


- Penulis menggambarkan dirinya yang semakin hilang, kealpaan dan lalai dengan dunia. Lalu, dia tertarik atau terperangkap dalam sesuatu bayangan, mungkin juga mimpi atau kekelaman, kemalapan, kegelapan. Dia terlihat seseorang tanpa wajah, baunya wangi. Walaupun hanya seperti bayangan atau dalam kekelaman, suasananya tenang. Namun, penulis tak pasti ini suatu perkara yang baik, atau buruk. Sebab suasana kelam, tapi tenang. Dan seseorang dihadapannya itu wangi, tapi tidak berwajah.

 

 

 

 

 

 

 

Lukisan Impian Ku Gambaran Di Mana

Cuaca Yang Begini Apakah Mahunya

Aku Adalah Aku. Nyanyi Lagu Yang Rindu.

Lemah Langkah Ku Mengejar Mu.


- Serta - merta, penulis merasakan dia di ambang kematian. Lukisan impian bermaksud, keinginan untuk mati dalam keadaan baik dan memperoleh syafaat dan syurga, tapi dalam keadaan ini, impiannya tidak kelihatan. Cuaca bermaksud kekelaman tempat tersebut, menambah rasa cemasnya, sekirannya dia tidak mati dalam keadaan yang baik. Kerana menurutnya, walaupun dia dah cuba untuk menjadi hamba yang baik tetapi dia sedar banyak kekhilafannya di atas muka bumi. 'Aku adalah aku, nyanyi lagu yang rindu, lemah langkahku mengejar mu', lirik ini bermaksud, Penulis cuma manusia, yang beramal dan mengabdikan diri kepada Tuhannya dan merindukanNya, namun sebagai manusia, kelemahannya diketahui, adakalanya kecundang dan terjatuh mengejar keredaan Illahi.

 

 

 

 

 

 

 

Bilapun Engkau Menjelma

Di Sini Aku Berdiri. Ku Menanti.

Walau Hilang Cerita Mu

Di Hati Tetap Abadi Sentuhan Mu.

 

- Meskipun kegusaran ini bertamu dihatinya, penulis tetap menerima hakikat, kematian itu pasti. Di mana dan bila bila pun, dia akan tetap menemui mati. 'Walau hilang ceritamu' bermaksud, andai dia terlupa, atau dihilangkan ingatannya, kerana cerita tentang Tuhan takkan hilang, tapi hilangnya cerita disebabkan kealpaan manusia, yang mana penulis berharap dia tak lupa, tapi seandainya dia lupa, dia tahu bahawa jasad, roh, hatinya tetap milik Tuhan, jadi pengharapannya agar dia tidak lupa, sebab bila dia lupa, dia yang rugi.

 

 

 

Mana Syakilla

Siapa Syakilla

Aku Pun Tak Tahu

 

- Penulis mengkritik masyarakat ketika itu yang hanya menerima dan layan lagu berunsur cinta dan kelalaian. Sebenarnya tiada Syakila, atau mana mana perempuan pun di dalam lagu ini, hanya penulis menceritakan tentang mimpinya yang misteri, dan juga menyampaikan supaya mengingat akan kematian dan tinggalkan kelalaian. Tapi sebab mahu menyampaikan lagu ini supaya diterima dan dengan harapan masyarakat sedar tentang sindiran ini, diselit juga nama Syakila. So bila orang hayati liriknya, orang akan rasa pelik. Apa yang misteri sangat dengan Syakila, Syakila ni siapa, maka penulis pun jawab dalam korus,

'Aku pun tatau' 

 

 

 

haha, aku memang ingat korus je jadi bila dengar lagu ni aku rasa kelakar. kenapa cerita pasal Syakilla kalau kau tatau siapa kan. Jadi ini la dia imaginasi aku tentang lagu ni. Jangan ambil serius sangat. Sekadar renungan saja.

 


Comments

Popular Posts