ADHD - Salah Siapa?

 


Entah siapa yang salah, aku tak tahu... 

Hari ni aku tengok video dari Youtube Channel How to ADHD. 



ADHD adalah satu benda yang tak asing tapi masyarakat kita tak faham sangat lagi-lagi orang Malaysia. Tapi menariknya point video ni adalah, dia boleh apply kat semua situasi.

Ambil contoh dia, dia ada seorang abang autistik, juga didiagnos ada ADHD. So, sekarang dalam sebuah keluarga itu dah ada seseorang yang perlukan perhatian lebih banyak berbanding dia walaupun dia ada masalah ADHD juga. Tapi sebab dia bijak dekat sekolah, dan boleh mengurus diri, jadi perhatian untuk dia dikurangkan. 

Kanak-kanak diajar untuk tunggu giliran. Tapi giliran dia tak pernah sampai sebab kes orang depan dia belum habis. Chronic illness ni suatu benda yang makan masa lama nak pulih. Mungkin pulih, mungkin tidak. So bila turn dia?

Adakah benda ni salah? Ketua keluarga juga tak da pilihan lain sebab dia terpaksa juga dahulukan orang yang lebih perlukan bantuan. Dalam kes ni, ketua keluarga juga akan terkesan dan dapat burn out sekiranya banyak perkara yang perlu digalas.

Ali dan Abu driver lori. Ali ni senior Abu. Abu baru masuk kerja semalam. Satu hari, barang yang nak kena angkut banyak gila. Lori Ali dah penuh. Lori Abu pun dah lepasi limit berat tapi tak nampak penuh sebab barang sikit tapi semua berat berat.

Ali minta transfer barang sikit masuk dalam lori Abu. Abu pulak tak sedar lori dia tak boleh tampung lagi. So dia masukkan je. Time dia jalan dua gelek, tayar lori Abu pun meletop.

So, kat mana yang salah. Ali mungkin akan dipersalahkan sebab dia orang lama, takkan tak tau prosedur dan tak ajar Abu. Tapi Abu pun akan dipersalahkan sebab dia dah besar takkan semua nak kena ajar. 

Abu mula belajar dari kesilapan. Selepas hari itu, bila ada masalah yang sama, Abu cakap je kat Ali, "Ali, lori kau memang dah terlebih muatan, tapi lori aku dah penuh."

Ali balas " Tapi nak buat macam mana, kalau lori aku jalan jugak, mau meletup tayar nanti. Brek pun tak berapa bagus"

Abu kata "Lori aku pun penuh dah, kalau tambah lagi jadi meletup macam dulu karang"

Ali pun panggil driver lori lain nama Muthu datang tolong bawak, tapi since Muthu bukan  kerja dengan company dia, Ali kena bayar lain dekat Muthu. So, problem solved dengan sedikit bayaran, tapi tak la setinggi harga tukar tayar lori.

Tiba-tiba, lori Ali buat hal, brek tak nak makan, nasib baik dia sedar jadi dia inform kat bengkel tolong cek dan servis. Kalau tak, ada risiko arwah la Ali.

Tapi, tiga lori ni urgent nak pergi tempat lain. Tapi keadaan lori Ali tu tak mungkin la dia boleh bergerak. So lori terpaksa masuk bengkel jugak dan Ali terpaksa cari lori lain untuk bawak muatan tu.

Andai kata Ali pergi jugak hantar barang pakai lori dia yang tak makan brek tu, dengan jalan pun pakai waze, bukan jalan biasa dia, apa akan jadi. Kita tak tau ada bukit ke ada lubang ke jalan tutup ke kat depan.

Kerugian dan kecelakaan besar, lebih besar daripada harga bayar lori masuk bengkel. Mungkin jugak Ali akan melanggar orang, mungkin orang lain jugak akan cedera, company pula terpaksa bayar pampasan lebih mahal.

Untuk mengelak tu semua, kena la keluar duit sikit. Biar rugi sikit, jangan rugi banyak.

Macam mana nak elak masalah ni? Dengan kajian dan kesilapan. Kesilapan ada untuk kita cipta satu modul untuk atasi masalah tu.

Masalah tetap akan ada. Kalau kita mengelak dari lalu jalan lama yang berlubang, ada jaminan ke laluan baru tu tak da lubang? 

Tak da.

Kita terpaksa lalu juga tapi berbekalkan modul kita dah buat sebelum ni. iaitu 'berhati-hati'  (hahahhaah)

Sebab tujuan kita ialah untuk dapat lebih keuntungan. Atau mengelak lebih kerugian. (Your choice)

Lalu jalan baru lebih untung sebab kurang lubang. Tapi kena berhati-hati sebab kita tak tahu, tak confirm jalan ni ada lubang ke tak da.

Sebelum jauh menyimpang, jom kembali kepada Ali dan Abu.

Kesilapan berlaku bukan hanya sebab satu perkara. Kesilapan berlaku sebab semua perkara mengundang kesilapan. 

Dalam kes youtuber tu, juga kes Ali dan Abu, masalah datang disebabkan tersilap, tapi tersilap bukan la punca masalah datang.

Masalah akan datang. Tak kira macam mana dielakkan sekalipun

Kerana dunia ini tempat masalah. Dunia tempat ujian.

Apa yang kita boleh kawal adalah cara untuj menghadapi masalah itu.

Tapi kita asyik tersilap?

Tak tak, kesilapan itu metode untuk cipta modul menghadapi masalah.

Apa modul kita untuk menghadapi masalah?

Secara asasnya, kalau boleh settle sendiri buat la, tapi kalau tak boleh?

Kita kena minta tolong.

Ali minta tolong Abu, Abu tak dapat tolong sebab terlebih muatan. Jadi Ali minta tolong daripada Muthu.

Selain tu, skill penting adalah skill menolak. 

Abu cakap terus terang yang lori dia dah penuh. Jadi Ali faham dan cari cara lain untuk selesaikan masalah dia.

Skill lagi penting adalah tahu bila muatan lori dah sampai tahap maksimum.

Untuk ni, Abu kena tahu basic sikit pasal lori dia.

Sama jugak dengan diri sendiri.

So mana limit kita, kita kena tahu. 

Bolehkah limit seseorang tu diukur? Kita tak da butang merah macam ultraman.

Belajar sedikit mengenai diri sendiri, kesihatan mental dan fizikal. 


Kesimpulannya, aku just nak cakap

Tak da sapa yang salah.

It just.. happens. With a reason.

Haha.

Comments

  1. Penulisan, penceritaan yang menarik... tertarik untuk baca.. tapi setuju dengan analogi tu... jujurnya saya sendiri pun kurang cakna dengan ADHD ni... Insha Allah kalau ada blog santai macam ni yang boleh kupas mental health dengan santai pasti menarik untuk orang memahami dan cakna tentang mental health

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts