Celaru

 Ini adalah sedikit nukilan basi tentang Prozac.

Ini adalah hari pertama aku gunakan Prozac. Selama ini aku selalu mendengar dari mulut-mulut pesakit dan bacaan-bacaan luahan hati manusia. Dan kali ini aku telah pun menelan sebutir prozac.

Kebiasaannya aku mengantuk, tapi tidak hari ini. Aku masih dihambat sakit kepala yang kian kuat, diiringi juga dengan rasa mahu muntah. 

Sedikit berdebar. Dan juga banyak fikiran yang menyedihkan. Apa fikiran itu? Aku tak ingat.

Mungkin sebentar nanti aku akan tertidur. Ya.

Ibu menghulurkan aku tally counter untuk berzikir. Sejujurnya aku tak pernah menggunakannya dengan benar. Sekadar mencuba-cuba saja dan tinggalkannya. Rupanya mudah saja untuk berzikir 1000 kali. Mudah.

Aku yang malas.

Aku dah lakukan beberapa perkara yang selari dengan penyakit ini. Belanja sakan di sana-sini. Aku beli sebuah meja, sebuah kerusi dengan harapan aku dapat buat kerja part-time. Impian kasi tinggi. Harapan menjunam bumi. Keh.

Laptop yang aku beli dulu tak diguna, tablet dibiar berhabuk, dan aku melayan aplikasi media sosial sepanjang waktu lapang aku dengan keyakinan bahawa aku sedang melepaskan stress, dan apabila tiba masanya aku akan melakukan kerja yang aku nak buat.

Babi kan.

Prozac rupanya buat aku tak tidur dan sakit kepala? Atau adakah sakit kepala ni disebabkan tangisan aku tadi? Tapi aku tak rasa terlalu dasyat tangisan ini. Patutlah doktor ada beritahu tak kisah aku nak makan pagi atau malam. Ikut suka aku.

Celaru malam-malam buat aku bingung sendiri.

Comments